Tuesday 26 April 2016

Langkah Perlu Di Ambil Ketika di Patuk Ular

Langkah Perlua DiAmbil Ketika Di patuk Ular


  • Mangsa perlu di tenangkan
  • Baringkan mangsa dan elak pergerakan fizikal
  • Balut kawasan gigitan dengan kain bersih dan longgarkan pakaian


Doa Menghindari Haiwan Berbisa

Salamun alaa nuhin fil aalamin

"kesejahteraan dilimpahkan atas nabi nuh di seluruh alam".

Bila cerita pasal ular ni banyak kenangan sebenarnya, kami  ni berasal dari kampung. Biasa dah jumpa ular, nak kena patuk pun ada.

Kes Ular sekarang ni tengah viral, sekarang binatang berbisa ni suka masuk rumah dan kawasan sekolah katanya keluar dari habitat nak cari tempat sejuk. 

Musim Elnino katanya, ular mencari tempat sejuk, kawasan perumahan ni pun ada ular sawa batik masuk siap panggil bomba tolong tangkap eiii bila tengok seram plus geli.

Banyak kisah-kisah aku masa kecik dengan ular ni bila ingat balik ya Allah seram sangat.

Teringat masa kecik, masa tu nak pi letak pinggan kat sinki, jalan sambil nyanyi la lalaa ala lebih kurang macam tu la. Sambil-sambil tangan nak letak kat dalam sinki tu sekali ssshhhh ambik kena sembur dengan Ular Hitam aka Ular Senduk agak besar kalau terkena patuk tu agaknya kami dah out kot.

Ular masuk dalam kabinet dapur la, siap salin kulit la eiiii beli ingat balik seram weiii!!!. Ada kali tu tengah dok sapu sampah ingat getah tayar hitam melengkor kat tanah sekali nak ambil la rupanya-rupanya ular habaq kat hangpa uihhh! meloncat kami, jiran tengok kejadian tu dok gelak kat kami ahahha.

Main-main belakang rumah, dok bawah pokok sambil nampak lubang korek2 la sekali hangpa nak tau apa dalam lubang tu? anak-anak ular sawa batik ada besar ibu jari  ahahhha tak berani bunuh sebab ayah cakap mak dia dok perati kita ahahahha so lempaq jauh2 sikit. Agaknya kalau panjang umur dah besar kot ular tu minta dijauhkanlah kami sekeluarga dari binatang berbisa ni.

Balik kampung kat Utara, masa tu ada tok nek lagi, tengah syok dok sembang-sembang dengan tok sekali nampak ular senduk tang kepala ular tu ada tanda bulat putih, kat mulut dia ada katak huhuu. Paksu kami boleh gelak je sebab kami takut, relax je paksu kami cakap dia dok makan katak tak pa tak buat kita. 

Ular masuk rumah ni sebenarnya jika diikutkan kena kasi amaran dahulu, halau tiga kali sambil baca doa. Kadang tu jin menyerupai ular. Kalu dah halau dok diam je kat situ dan boleh mengancam nyawa kita dan family boleh la kita buat apa yang patut.

Hati-hatilah sambil beringat sesama kita. Semoga Allah lindungi kita dan family kita sahabat san sana saudara kita Amin.

No comments:

Post a Comment