Thursday 18 December 2014

Resepi Ayam Masak Merah


Meletup kaw bah aku masak kali ini. Meriah dengan cilinya sangat pedas dan sedap cukup rasa. Masak sendiri harus di puji sendiri kan.

Memang sedap ayam merah aku ni nak cuba boleh je salin resepi kat bahan. Aku masak pakai campak-campak je kuantiti bahan pakai agak-agak je ye.


Simple je nak masak resepi ni mudah je amboiii bukan main kau ye mentang sekarang dah pandai masak! Aku masih dalam proses pembelanjaran. Aku tak pandai masak sebenarnya tapi aku cuba ok.

Bahan-bahan

Ayam untuk 2-3 orang
Cili Kering 10-15 tangkai
Bawang besar  1 labu
Bawang kecil 2 biji
Bawang putih 1 ulas
Asam keping 1 jari  
serbuk perasa garam dan gula
Air
Minyak

Cara-cara


Ayam digoreng separuh masak

Cili kering diblend bersama bawang tapi cili kering haris dibuang bijinya dan direndam seketika.
Tumis bahan yang sudah diblander sehingga pecah minyak.
Masukan ayam yang sudah digoreng separuh masak 
masukan sedikit air agar ada sedikit kuah
masukkan bahan perasa seperti gula, garam 


Tips dari aku kalau nak sedap, guna minyak lebihan ayam goreng untuk menumis bahan bland.

No comments:

Post a Comment